NADI x Keusahawanan : NADIPreneur Empowerher
19 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniProgram NADI Keusahawanan: NADIPreneur Empowerher telah berlangsung dengan penyertaan seramai tiga (3) orang usahawan yang hadir ke NADI Presint 9 Fasa 10 bagi mengikuti program ini
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mempelajari dan mengikuti modul-modul yang telah ditetapkan - Video Pra Latihan iaitu:
• Perancangan Perniagaan: “Cerita Pak Abu”
• Perancangan Perniagaan: “Apa Itu Business Plan”
Selain itu, para peserta turut berpeluang menyertai Live Webinar Perancangan Perniagaan, di mana mereka didedahkan kepada langkah demi langkah dalam merancang perniagaan secara lebih tersusun, sistematik dan berkeyakinan
Program ini diharap dapat memberi manfaat serta menjadi platform kepada para usahawan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam perancangan perniagaan secara lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: